Tuesday, 8 November 2022

SEJARAH PENGASAS SILAT LAKSAMANA SINGA

Nama Guru Utama SILAT SINGA LAKSAMANA ialah Idris Bin  Mohamed berasal muar Johor dan sudah berumahtangga.Meminati seni silat melayu sejak dibangku sekolah rendah lagi. 

1. Bermula usia 10 tahun telah belajar daripada bapanya TUAN MOHAMED BIN ABDULLAH P.I.S KE 2 dalam SILAT PULUT DAN SILAT SELEMPANG MERAH Gabungan drp 9 perguruannya dan selepas berusia 12 tahun barulah bapanya mengajar teknik-teknik pukulan juga ilmu mempertahankan diri. Sejarah bapanya mendapat Pingat (PINGAT SULTAN IBRAHIM  KE 2 ATAS BAKTINYA PADA 13 MEI 1969) Mengambil juga amalan- amalan ayat perang dan pedinding daripada bapanya dan juga bapa saudarasnya ISMAIL BIN ABDULLAH.. 

2.Selepas berusia 13 tahun abang iparnya MOHD LAWI BIN MAT REJAB anak kelahiran dari negeri kedah telah memberi tunjuk ajar dalam SILAT TONGKAT DAN SENI SILAT HARIMAU serta tips dan petua dalam ilmu persilatan.

3. Telah mempelajari SILAT KUNTAU TEPAT oleh Haji Abdullah (Pakcik atan) ini kerana pada masa itu di kampung gelanggang terdekat di jalan abdul rahman, selepas berhijah ke selangor tetap juga berulang untuk ulang kaji pelajaran bersama paklah, pd tahun 2012 Juga membantu Paklah dalam gelanggang di puchong selangor.

Sifat dan sikap Pengasas minat dalam seni silat dan beladiri ibarat hauskan ilmu sentiasa mencari guru untuk lebih mendalami tentang ilmu persilatan, ini bukan kerana untuk bangga diri tapi semangat untuk mewarisi ilmu warisan tok moyang kita. dan Ilmu warisan tidak ditenggelami zaman.

4. Pernah juga berguru dengan CIKGU AZIWAHIJA SILAT GAYUNG FATANI DALAM SENI TARI SILAT MELAYU. 

5. Juga CIKGU AHMAD HAZUAN SILAT PUSAKA WARISAN MELAYU dan menjadi wakil guru dalam persilatan tersebut. 

6. Selepas itu berjumpa pula dengan GURU FAKHRUL SILAT PECAH EMPAT TAPAK HARIMAU PUTIH dan mempelajarinya bersama rakan-rakannya.. 

7. Bermula arena dalam TOMOI pengasas Berguru pula dengan Guru tua Silat Seni Tangkas Kg. Seronok Pulau Pinang dan mempelajari seni silat tomoi dan telah di tauliahkan sebagai jurulatih. 

8. Rezeki Pengasas berjumpa pula dengan AYAH MAMU SIKU 12 SHAH ALAM dan mempelajari serba sedikit 12 buah permainan.

Beliau juga telah mengambil teknik-teknik muay thai dalam menyertai Persatuan Tomoi Gombak dari Tuan Azman (Kelab Muay Thai Naga Api) dan Cikgu Ismail.(Kelab Tomoi Singa Malaya) dan mengambil kursus jurulatih anjuran Persatuan Tomoi Gombak.

Ada juga beberapa persilatan yg telah dipelajari tapi diwasiatkan sebagai pakaian sendiri oleh guru yg tidak dapat dinyatakan disini. Pengasas lebih selesa mendidik anak-anak murid bersikap terbuka kepada semua jenis persilatan dan menjalinkan silaturrahim dan ukhwah.

1.     PENCAPAIAN GURU UTAMA

1. JURULATIH PERGURUAN PUKULAN PENCHAK SILAT PUSAKA

WARISAN - 2008

2. GURU PERGURUAN SILAT PUSAKA WARISAN MELAYU 2009

3. GURU SILAT TADAH KUNTAU MUAR 2011

4. GURU SILAT GERAK SENI TANGKAS 2011

5. JURULATIH UTAMA KELAB TOMOI NAGA HITAM 2012

6. PRESIDEN MUAYTHAI DAERAH PETALING 2013-2015

7. PENGASAS SENI SILAT PULUT KUNTAO LAKSAMANA 2013

8. PENGASAS AKADEMI SILAT KUNTOM PUSAKA SHAH ALAM

9. DATUK GURU SILAT BAJI HARIMAU SELEMPANG MERAH 2014

10. PENGASAS SENI SILAT SINGA LAKSAMANA MALAYSIA 2015

11. SIJIL ASAS KEJURULATIHAN MUAYTHAI NEGERI SELANGOR

12. SIJIL JURULATIH TAHAP 2 PERSATUAN MUAYTHAI NEGERI SELANGOR

13. SIJIL TRAINER MUAYTHAI PADWORK PERSATUAN MUAYTHAI NEGERI SELANGOR

14. SIJIL INTERNATIONAL MUAYTHAI KRU TRAINER NAKHON RATCHASIMA RAJABHAT UNIVERSITY BANGKOK THAILAND 2022 (KHAN 12)




















No comments:

Post a Comment