GABUNGAN SENI SILAT NUSANTARA, KUNCIAN SILAT MELAYU, KUNTAU, BUAH PUKUL, SILAT TOMOI, SILAT HARIMAU, AMALAN KEBATINAN PENDEKAR
Monday, 22 January 2024
TAHAP 8 KHATAM TANGAN KOSONG PANGLIMA MUDA SINGA SRI SETIA
TAHAP 8 MERAH KEMBAR HITAM PANGLIMA MUDA SINGA SRI SETIA
TAHAP 8 ADALAH KHATAM TANGAN KOSONG DIMANA DISINI KITA FOKUSKAN KEPADA UJIAN-UJIAN TEMPUR SUKAN DAN TEMPUR BEBAS.
ANTARA SILBUSNYA ADALAH
1.
PESILUT SINGA TUNGGAL
-
PELEPAS KUNCIAN
KAEDAH MEMBUKA KUNCIAN SILAT YANG DIPELAJARI, KAEDAH MENCARI RUANG DAN GERAK MELEPASKAN DIRI
-
GELUTAN,
KAEDAH DIMANA GELUTAN DALAM KAIN PELIKAT, GELUTAN DALAM RUANG KECIL, GELUTAN KAWASAN LAPANG
-
TEMPUR SUKAN
DISINI KITA AJAR TEKNIK TEMPUR SUKAN DAN PERATURAN
- TEMPUR BEBAS
INI LAH YANG MENENTUKAN TAMAT LATIHAN TANGAN KOSONG ADALAH TEMPUR BEBAS TANPA PERATURAN, BEBAS MELAKUKAN SEGALA TEKNIK DAN TANPA APA-APA PERLINDUNGAN BADAN SEMASA BERTEMPUR.
KHATAM TANGAN KOSONG
MELALUI ISTIHADAT KHAS KHATAM TANGAN KOSONG
TEMPUR TANGAN KOSONG
Sunday, 21 January 2024
TAHAP 7 MERAH HITAM BENTARA SINGA PERANG
1.
JURUSAN SINGA TEMPUR MENANTI TENDANGAN
Ada 10 teknik serang balas tendamgan yang perlu di praktikkan dalam slibus ini. Teknik elakkan dan serang, teknik tangkapan dan kuncian, teknik tepisan dan serangbalas. Teknik ini perlu benar-benar dikuasai membolehkan kita tangkas dalam menghapi pihak lawan yang pakar dengan tendangan.
Dalam teknik ini juga kita pelajari mengelak serangan daripada berbagai sudut supaya kita tidak kekok dalam situasi apapun, atas, tengah dan juga bawah tapak silat.
Juga kita mempelajari teknik mnguasai tangkapan dan kuncian kaki, ini kerana untuk melakukan kuncian kaki bukanlah senang, kita perlu betul-betul sudah menguasai teknik dan juga cekap dalam penggunaan teknik tersebut.
Dalam 10 jenis teknik menanti serangan ini jika kita sudah menguasai, mudahlah kita menghadap pihak lawan kita dan kita tidak teragak-agak untuk melakukan serang balas terhadap pihak lawan.
Saturday, 20 January 2024
TAHAP 6 MERAH BIRU PANJI HULUBALANG SINGA BERANTAI
JURUSAN HULUBALANG SINGA
Pelajaran silibus 6 ini adalah tumpuan kepada pukulan dan tendangan berantai yg digabungkang dengan kaedah seni harimau, kuntau, sendeng, tomoi dan silat kalimah. Ini keran kita ingin membiasakan tapak kita kukuh diatas, ditengah dan dibawah. Juga jurusan ini diajar jenis tapak-tapak dalam persilatan.
1)
JURUS KUNTAU SINGA BERANTAI 1
2)
JURUS KUNTAU SINGA BERANTAI 2
3)
JURUS KUNTAU SINGA TEMPUR 3
4)
JURUS KUNTAU SINGA TEMPUR 4
5)
JURUS SINGA TERATAI 5
6)
JURUS SINGA 4 MATA
TAHAP 5 MERAH HULUBALANG SINGA TUNGGAL
Dalam silibus ini kita pelajari 3 mata pelajaran dalam kuncian dan jurusan
1. Jurusan Cekak Singa Tunggal (ada 10)
Jurusan ini adalah gerakan langkah berantai bagi melakukan 10 jenis cekak dan 10 jenis kuncian
2. Cekak Singa Tunggal (ada 10)
Permainan ini adalah jenis tangkapan dan jatuhan dalam permainan ini dapat juga melatih dalam ilmu pergelutan juga mencari ruang untuk jatuhan kepada pihak lawan. Pelajaran ini penting kerana mencari jalan singkatan dalam perlawanan untuk menjatuhkan pihak lawan dalam keadaan drastik dan momentom daya gerakan musuh itu.
3. Kuncian Singa Tunggal (ada 10)
Permainan ini pula adalah mempelajari cara - cara melakukan kuncian pada pihak lawan, kuncian ini adalah cara memberhentikan pihak lawan daripada terus melakukan serangan. Jadi salah satu daripada kepentingan dalam kuncian adalah tenaga dan kekuatan. Selepas itu teknik dan kecekapan sesuatu kuncian yang dilakukan.
Thursday, 18 January 2024
TAHAP 4 HIJAU KUNING SINGA BIMASAKTI
1. SENI TEMPUR SINGA BIMASAKTI
I.
TAPAK
1 SINGA TUNGGAL LENTIK DALAM 10 SERANGAN
II.
TAPAK
3
III.
TAPAK
4
IV.
GULING
ANAK SINGA
V.
LOMPATAN
SINGA
VI.
TEMPUR
PENTAS SERANG BALAS 1-10
VII.
SERANG
BALAS DALAM SERANGAN SINGA WIRA 1-10
2. RANDAI
Randai adalah sebuah kesenian berkumpulan yang ada dalam kebudayaan pagar ruyung juga budaya minang,
Juga ia termasuk dalam permaianan kesenian silat harimau. Ia juga sebagai simbolik ketangkasan dalam hiburan seni, yang gerakannya dirahsiakan yang buah menjadi
TAHAP 3 HIJAU SINGA WIRA
Dalam silibus tahap 3 ini adalah advance daripada silibus 2, iaitu serangan berangkai lebih daripada satu pukulan hingga jatuhan.
JURUSAN SERANGAN BA SINGA WIRA JATUHAN
Ada 10 serangan anak singa wira yang di pecahkan menjadi 2 bahagian iaitu
1. Gerakan Jurusan Tapak BA
Jurusan ini adalah gerakan serangbalas sebagai sifir dalam 10 kaedah.
2. Gerakan serangbalas Tapak BA
Serang balas jatuhan dalam 10 serangan yang di latih dalam berpasangan seorang serang dan seorang balas serangan hinga Jatuhan.
Dalam 10 gerakan serang balas ini kita pelajari teknik tapak
1. Makan dalam Singa terkam
2. Makan Luar Singa sembat
3. Makan luar songsang Singa rejam
Tahap 3 ini adalah penting kerana pembelajaran tapak dan serangan adalah asas untuk kita fahami gerakan silibus seterusnya termasuk gerakan dalam permainan tangan kosong juga bersenjata.
TAHAP 2 KUNING PUTIH SRI SATRIA
JURUSAN ASAS SERANGAN ALIF SINGA SATRIA
Ada 10 asas serangan anak singa satria yang di pecahkan menjadi 2 bahagian iaitu
1. Gerakan Jurusan Tapak Alif
Jurusan ini adalah gerakan serangbalas sebagai sifir dalam 10 kaedah.
2. Gerakan serangbalas Tapak Alif
Serang balas jatuhan dalam 10 serangan yang di latih dalam berpasangan seorang serang dan seorang balas serangan.
Dalam 10 gerakan serang balas ini kita pelajari teknik tapak
1. Makan dalam Singa terkam
2. Makan Luar Singa sembat
3. Makan luar songsang Singa rejam
Disini kita belajar tapak jurusan asas serangan ini supaya kita boleh praktikkan dalam silibus setrusnya
TAHAP 1 BENGKUNG PUTIH SINGA PERAJURIT
Dalam silibus pelajaran tahap 1, diajarkan asas persilatan salam perguruan seni silat laksamana singa ini
A.
Senaman Silat Tua Asas
Merangkumi dari kepala hingga ke kaki. Dengan kaedah pernafasan dan tertib yang betul, Juga termasuk senaman pemanasan badan sebelum latihan. Ini penting kerana tidak mengalami kecederaan otot dan tisu semasa latihan. Juga perlu dilakukan setelah selesai latihan supaya tidak mengalami saki sakit badan.
B.
Tari Adab Sembah Perguruan
Tari Silat laksamana singa adalah lambang perguruan seni silat laksamana singa, ia mempunyai maksud gerakan yang tersirat serta falsafah - falsafah dalam silat. Ia perlu berlatih supaya gerakannya tepat, seni dalam limbainya halus,langkah dan pukulannya padat.
C. Asas Pukulan 8 SENJATA
Ada 10 jenis pukulan dan tendangan yang asas di mahirkan oleh anak anak sesila. Dalam 10 gerak ini termasuk kaedah tumbukan, sikuan, tetak, pancung, lutut dan tendangan.
A.
Gerak Kelek
Dalam 10 asas gerakan teknik bertapak kita akan masukkan dalam kaedah berkelek
B.
Gerak tepis pusing
Juga setelah habis bertapak untuk patah balik perlulah mahir dalam gerak pusing habis.
Kemahiran tahap ini adalah asas untuk pembelajaran silibus tahap seterusnya.
KENAIKAN BENGKUNG DAN TAHAP
Kenaikan bengkung dan tahap adalah mengikut silibus yang ditetapkan oleh pengasas perguruan.
Setiap ahli di rekomendasi oleh jurulatih untuk pemilihan kelayakan ujian kenaikan. Ini kerana ingin memastikan ahli betul-betul dapat menguasai silibus dalam satu-satu tahap tersebut.
Kebiasaan Ujian Kenaikan diadakan dalam satu hari khas untuk semua gelanggang kecuali gelanggang tersebut melebihi 20 orang ahli barulah ujian tersebut diadakan di gelanggang mereka. Ini kerana pemarkahan ujian diambil oleh Jurulatih-jurulatih yang dilantik.
Sijil, Bengkung, Medal Dan Piala
Sijil, bengkung dan medal atau piala akan diberikan mengikut tahap dan anugerah terbaik untuk keseluruhan dalam ujian.
Yuran kenaikan bengkung
Pihak perguruan mengambil Yuran Ujian Kenaikan Rm35 seorang,
Nilai Pemarkahan
Pemarkahan dinilai oleh 3 orang jurulatih atau guru yang bertugas, mengikut tahap
1. Seni
2. Kekemasan langkah patern
3. Kepantasan
4. Ketepatan dan ketangkasan
5. Rentak gerak
6. Suara dan nafas
7. Stamina
8. Kekuatan pukulan, tendangan dan tepisan
9. Tertib
10. Adab










