Kenaikan bengkung dan tahap adalah mengikut silibus yang ditetapkan oleh pengasas perguruan.
Setiap ahli di rekomendasi oleh jurulatih untuk pemilihan kelayakan ujian kenaikan. Ini kerana ingin memastikan ahli betul-betul dapat menguasai silibus dalam satu-satu tahap tersebut.
Kebiasaan Ujian Kenaikan diadakan dalam satu hari khas untuk semua gelanggang kecuali gelanggang tersebut melebihi 20 orang ahli barulah ujian tersebut diadakan di gelanggang mereka. Ini kerana pemarkahan ujian diambil oleh Jurulatih-jurulatih yang dilantik.
Sijil, Bengkung, Medal Dan Piala
Sijil, bengkung dan medal atau piala akan diberikan mengikut tahap dan anugerah terbaik untuk keseluruhan dalam ujian.
Yuran kenaikan bengkung
Pihak perguruan mengambil Yuran Ujian Kenaikan Rm35 seorang,
Nilai Pemarkahan
Pemarkahan dinilai oleh 3 orang jurulatih atau guru yang bertugas, mengikut tahap
1. Seni
2. Kekemasan langkah patern
3. Kepantasan
4. Ketepatan dan ketangkasan
5. Rentak gerak
6. Suara dan nafas
7. Stamina
8. Kekuatan pukulan, tendangan dan tepisan
9. Tertib
10. Adab


No comments:
Post a Comment