Tuesday, 16 January 2024

AYAT SATU @AYAT TUNGGAL

Dalam amalan pendekar ayat ini diamalkan selepas solat fardhu dan semasa buka gelanggang juga sewaktu keluar daripada rumah.

Ayat satu ini digunakan sebagai pagar diri, pagar rumah, pagar gelanggang daripada dengki khianat manusia, jin dan syaitan. 


Ayat satu ialah sebuah ayat Al-Quran iaitu ayat 15 surah Asy-Syura:

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

اللَّهُ رَبُّنَا وَرَبُّكُمْ لَنَا أَعْمَالُنَا وَلَكُمْ أَعْمَالُكُمْ لَا حُجَّةَ بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمُ اللَّهُ يَجْمَعُ بَيْنَنَا وَإِلَيْهِ الْمَصِيرُ


“Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang”

“Allah lah Tuhan kami dan Tuhan kamu; bagi kami amalan-amalan kami dan bagi kamu amalan-amalan kamu. Tidak ada hujjah/ pertengkaran di antara kami dan kamu; Allah menghimpunkan di antara kita dan kepada-Nyalah kita kembali.”






No comments:

Post a Comment