Thursday, 25 January 2024

SIFAT MAZMUMAH - SIFAT TERCELA

 Dalam keilmuan tasauf ia juga berkaitan dengan ilmu mengenal diri, ilmu tasauf ini kita diajar cara penyucian bab qalbu atau hati. Jadi perlulah kita mengenal sifat dalam hati kita yang tercela yang jika ada dalam hati kita, Allah tidak menerima amal ibadah kita. Jadi perlulah kita membuang dan menjauhi sifat ini dalam hati kita.

Dengan adanya sifat mazmumah dalam hati kita maka terbatal iman dalam diri kita. Antara sifat-sifat mazmumah ialah 

1. HASAD DENGKI - sifat hasad dengki ini adalah perasaan yang iri hati dengan kelebihan atau nikmat yang orang lain perolehi, ia merasakan orang itu mendapat lebih darinya dan tidak layak seseorang itu mendapat sesuatu nikmat itu.

2. TAKBUR - sombong dan bercakap besar dan bermegah diri, sifat ini dia suka membesarkan dirinya di hadapan orang lain samada perseorangan atau kepada masyarakat.

3. UJUB - merasakan diri lebih bagus dan lebih tinggi sesuatu perkara itu daripada orang lain. 

4. RIYAK DAN SUM 'AH - Riya' adalah sifat yang memperlihatkan kehebatan yang dia ada. riya' adalah sifat angkuh yang ingin dipuji sesuatu yang dipertontonkan kebaikannya,, Riya' juga sifat yang memperlihatkan kehebatan yang dia ada . Sum'ah pula sifat yang dimana ia suka mendengar orang lain atau masyarakat memuji dan berkata kebaikan diatas kebaikan yang dilakukan.ingin mendapat sanjungan diatas kebaikan atau khidmat yang dilakukan. Riya' sum'ah adalah tujuan yang sama ingin mendapat nama tinggi diatas sesuatu kebaikan yang dilakukan tapi berbeza daripada penglihatan dan pendengaran. Riya' hendakkan orang melihat kebaikannya manakala Sum'ah hendakkan oranglain bercakap kebaikan untuknya.

5. BAKHIL - sifat kedekut dan cintakan harta dunia. Ia adalah sifat yang bertentangan dengan pemurah. Disebabkan sifat bakhil ini orang akan menjadi sukar untuk menjalankan hartanya dijalan fisabilillah, juga sukar bersedekah, sukar untuk zakat menjadikan dirinya seorang yang sayangkkan harta yang sebenarnya amanah daripada Allah swt.

6. MENCINTAI KEMASYURAN - mencintai kemasyuran ini adalah matlamatnya bukan kerana Allah. Tetapi ingin mendapatkan nama dan sanjungan orang ramai. Ia bertentangan dengan keikhlasan seseorang dalam melakukan amal kebaikan. 

7. MARAH - adalah sifat yang berpunca darah berkumpul didalam hati, ia adalah sifat api yang daripada syaitan, jadi untuk mengawalnya selalulah beristighfar, selawat dan mengingati Allah serta ambil wudu' supaya api kemarahan cepat-cepat terpadam.

8. MENGUMPAT - sifat ini adalah menceritakan hal orang kepada orang lain. Kebiasaan adalah menceritakan keburukan orang lain daripada sudut fizikalnya, perbuatannya, sifatnya dan lain - lain.Walaupun ia betul ataupun direka-reka. Dosanya seperti memakan daging saudaranya yang mati. Ini kerana mengumpat kita mempunyai dosa kepada Allah dan dosa kita kepada manusia yang mengumpat itu. Ia juga dikatakan lebih berat dosa daripada berzina ini kerana zina kita boleh sahaj bertaubat kepada Allah tetapi dosa mengumpat bukan setakat kita bertaubat tetapi kita perlu minta kemaafan kpd orang yang kita mengumpat tersebut. Selagi ia tidak memaafkan maka dosa tersebut tetap tidak diampunkan lagi.

9. MENGADU DOMBA - sifat ini adalah mengadu dan menyampaikan khabar cerita percakapan orang lain kepada orang yang di cakapkan itu, seperti melaga - lagkan orang itu. ini akan merosakkan hubungan seseorang kepada orang lain.

10. BERDUSTA BERBOHONG - Sifat ini adalah samada perlakuan, percakapan menjadikan sesuatu itu daripada perkara kebenaran samada haq dan batil. Menyatakan sesuatu yang benar itu salah atau sesuatu yang salah itu benar.

11. BANYAK BERCAKAP YG TIDAK FAEDAH - perbuatan ini selalunya kita tidak sedar kerana lidah yang tidak bertulang kita perlu berhati-hati dalam berbicara, kerana dalam perbicaraan tersebut mungkin boleh tergelincir kepada bicara yang tidak perlu termasuk menjaga hati dan perasaan orang lain. Hal ini juga boleh langsung memasuki ke wilayah sifat-sifat mazmumah yang lain seperti bercakap hingga datangnya ria, ujub, takbur,sombong, mengumpat, menjadi marah, menadu domba dan lain-lain sifat yang buruk. Ia juga menimbulkan fitnah atau salah faham kepada orang lain.

12. SOMBONG - sifat ini dalam diri yang merasakan angkuh dan merasakan darjat labih tinggi daripada orang lain, atau kerana tidak setaraf atau kerana tiada apa - apa pulangan kepada seseorang itu. Ini secara langsung sifat ini berkaitan juga dengan sifat riya' takbur dan ujub.

13. CINTA DUNIA - Cinta dunia adalah apabila seseorang sayangkan kesenangan dunia baik berupa harta,wanita atau takhta sehingga membutakan hatinya dan lalai terhadap akhirat.rujuk kepada surah Al Ala' ayat 16-17, dan surah Qiyamah 20-21. Kerana kita cinta dunia hilanglah amanah kita didunia ini, yang sebenarnya segala yang ada adalah tujuan ibadah kerana Allah semata-mata. Segala yang nampak indah itu adalah bukti keagungan Allah dan ia membuatkan kita lebih yakin terhadap Allah swt bukan lebih kita menagihkan segala makhluk yang diciptakan ini kerana ia adalah fatamorgana yamg akan fana. Apabila kita cinta akan dunia ini kita akan lalai lalu kita akan takut akan mati. Jikka kita faham tentang erti kehidupan kita akan redha segala ketentuan Allah yang hidup ini perlukakan tanggungjawab dan amanah yang perlu dijalankan dengan ikhlas kerana Allah swt.






+

No comments:

Post a Comment