Sunday, 21 January 2024

TAHAP 7 MERAH HITAM BENTARA SINGA PERANG

 

1.       JURUSAN SINGA TEMPUR MENANTI TENDANGAN

Ada 10 teknik serang balas tendamgan yang perlu di praktikkan dalam slibus ini. Teknik elakkan dan serang, teknik tangkapan dan kuncian, teknik tepisan dan serangbalas. Teknik ini perlu benar-benar dikuasai membolehkan kita tangkas dalam menghapi pihak lawan yang pakar dengan tendangan. 

Dalam teknik ini juga kita pelajari mengelak serangan daripada berbagai sudut supaya kita tidak kekok dalam situasi apapun, atas, tengah dan juga bawah tapak silat.

Juga kita mempelajari teknik mnguasai tangkapan dan kuncian kaki, ini kerana untuk melakukan kuncian kaki bukanlah senang, kita perlu betul-betul sudah menguasai teknik dan juga cekap dalam penggunaan teknik tersebut.

Dalam 10 jenis teknik menanti serangan ini jika kita sudah menguasai, mudahlah kita menghadap pihak lawan kita dan kita tidak teragak-agak untuk melakukan serang balas terhadap pihak lawan.


No comments:

Post a Comment