Dalam silibus ini kita pelajari 3 mata pelajaran dalam kuncian dan jurusan
1. Jurusan Cekak Singa Tunggal (ada 10)
Jurusan ini adalah gerakan langkah berantai bagi melakukan 10 jenis cekak dan 10 jenis kuncian
2. Cekak Singa Tunggal (ada 10)
Permainan ini adalah jenis tangkapan dan jatuhan dalam permainan ini dapat juga melatih dalam ilmu pergelutan juga mencari ruang untuk jatuhan kepada pihak lawan. Pelajaran ini penting kerana mencari jalan singkatan dalam perlawanan untuk menjatuhkan pihak lawan dalam keadaan drastik dan momentom daya gerakan musuh itu.
3. Kuncian Singa Tunggal (ada 10)
Permainan ini pula adalah mempelajari cara - cara melakukan kuncian pada pihak lawan, kuncian ini adalah cara memberhentikan pihak lawan daripada terus melakukan serangan. Jadi salah satu daripada kepentingan dalam kuncian adalah tenaga dan kekuatan. Selepas itu teknik dan kecekapan sesuatu kuncian yang dilakukan.
No comments:
Post a Comment