Sunday, 21 January 2024

MANDI HAYAT UNTUK KETAHANAN BADAN

Mandi hayat ini adalah amalan orang orang dulu untuk ketahanan badan dan kuat badan. Jika berlaku bencana atau kecelakaan tubuh badan kita terselamat daripada cedera dan kuat tubuh badan semasa berlawan dengan musuh. Amalan ini diamalkan oleh masyarakat dahulu.

Ada beberapa kafiat atau tatacara mandi hayat ini, ada yang memanggil mandi penahan tubuh kerana fadhilat mandi ini adalah untuk kekuatan badan walaupun sudah berumur. Ada juga mengamalkan mandi ini dengan tujuan membuang penyakit dalam tubuh dan sihat badan. Semua bergantung kepada niat. Semasa mandi itu kita bermohon Ya Allah berikaan kekuatan kepada rohku, jasadku, uratku, dagingku,kulitku dan tulangku. 

KAFIAT PERTAMA 

Biasa diamalkan kepada pesilat dan yang menagmbil ilmu kebatinan. Iaitu mandi di sungai. Dibaca sebanyak tujuh kali lalu menyelam tahan nafas sambil niat Ya Allah Kuatkan Rohku Jasadku, Berikan Aku ketahanan badan, kulitku, uratkuku, dagingku dan tulangku. Selepas itu buat sebanyak 7 kali. (menyelam 7 x setiap sebelum menyelam dibaca niat mandi 7x)

Ada juga baca sekali niat dan menyelam tahan nafas sebanyak 7 x. Bergantung kepada kemampuan diri.

KAFIAT KEDUA

Ada juga bermula dengan amalan ini selama 40 hari selepas itu kita beramal seminggu sekali.
Menggunakan air tadahan hujan, air tadahan perigi atau air tadahan sungai. Jika ingin menggunakan air tadahan paip perlulah disimpan dahulu selama 3 hari barulah ia boleh digunakan untuk mandian. 
Tatacara mandi dengan niat sekali lalu mandi dengan meratakan air keseluruh tubuh seperti mandi wajib.


KAFIAT KETIGA 

Beramal selama 3 bulan tanpa tinggal, jika tinggal ulang semula hari pertama. Selepas itu cukup beramal sebulan sekali pada bulan penuh 13, 14,atau 15 hijrah. pilih mana-mana tarikh.

atau diamalkan setiap hari selagi mana kita inginkan fadhilatnya.

Semasa mandi niatkan mohon pada Allah didalam hati atau lafaz Ya Allah kau tahan dan kuatkan tubuh badan ini daripada segala bencana, jika ada penyakit didalam tubuhku lahir dan batin kau buangkanlah dari tubuh badan ini zahir dan batin.


Nota : Jangan mandi didalam toilet, jika bilik mandi anda ada toilet anda perlulah mandi diluar rumah.
Seelok untuk menjaga diri kita perlulah sediakan bilik mandi khas yang tidak bercampur aduk dengan jamban. Kerana jika mandi wajib juga makruh kita mandi didalam jamban.

Mandi tutuplah dengan kain basahan seperti berkemban, jangan mandi bogel kerana itulah adab kita dalam islam, jagalah adab untuk keberkatan. Masuk bilik mandi dengan bacaan doa perlindungan daripada syaitan.

INILAH DIA DOA NIAT MANDI HAYAT





















No comments:

Post a Comment