TARIKH : 16 MARCH 2022
HARI : RABU
MASA: 8.30MLM
TEMPAT : JALAN OTHMAN MUAR JOHOR
Majlis perisytiharaan gelanggang di rasmi oleh Calon (PBM) N.15 Maharani, Hanis Asmui. Sebagai tanda sokongan kepada belia dalam melestarikan Seni Silat Melayu Pusaka Bangsa.
Jemputan Juga kepada
Pesaka Muar Nor shaheed, Ayahanda Muharam Jati, Paduka Ayahanda Samad, Tuan Guru Rashid Silat sendeng, Imam Ayahanda Rahman Busana Jati,
Ayahanda Din Sunan, Tok Ayah Fauzi AFR Selatan, Ayahanda Ustaz Faizal TWS, Ayahanda Remy TWS, juga jemaah TWS
Penasihat Silat Laksaman Singa Tok Walid Setia Ustaz Hisham,
Disini saya menyatakan pertubuhan tidak terlibat mana-mana parti politik, kami sekadar mengambil peluang bagi perjuangan dalam mempromosikan silat warisan melayu. Sesiapa pun berhak menyokong silat dengan niat perjuangan warisan melayu. Ada juga pemahaman politik lain yang mengkritik kami dan ada yang berlapang dada kerana memandang daripada perspektif positif iaitu perjuangan Silat warisan Bangsa. Siapa yang sejati duduk dalam perjuangan silat memahami segala apa yg kita perjuangkan menggunakan kewangan dan sokongan. Ada juga yang guru banyak mengeluarkan duit poket, duit simpanan sendiri untuk sentiasa mempromosikan silat melayu. Tanpa sponsor kita takkan dapat buat event yang niat mempromosikan silat juga mengeratkan silaturrahim insyaallah.
KAMI MENGUCAPAKN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA SAHABAT PENGASAS DAN JUGA DARIPA WAKIL WAKIL NGO DAN PERGURUAN SILAT LAIN YANG MENYOKONG SILAT LAKSAMANA SINGA TANPA MEMIKIRKAN PERSPEKTIF NEGETIF DAN PAHAMAN POLITIK. ANDA SEMUA BERHATI MULIA KERANA NIAT SILATURRAHIM DAN PERJUANGAN WARISAN MELAYU. SEMOGA ALLAH MEMBALAS JASA DAN SENTIASA DALAM REDHA ALLAH SWT.






No comments:
Post a Comment