Monday, 29 January 2024

SIFAT MAHMUDAH (SIFAT TERPUJI)

 Sifat mahmudah adalah sifat terpuji bagi hati seorang mukmin sejati, sifa-sifat ini adalah sifat yang Allah anjurkan kepada kita sebagaimana contoh yang Allah berikan kepada Rasulullah saw. Sifat -sifat terpuji wajib kita didik dan berlatih supaya lenyaplah sifat tercela (mazmumah) dalam diri dan hati kita . Ilmu ini termasuk dalam tasauf dan ilmu akhlak islam. Antara sifat mahmudah adalah

1. TAUBAT

Taubat ini adalah membawa maksud menyesali diatas perbuatan maksiat atau sifat tercela yang telah dilakukan dan ingin kembali kejalan Allah serta membenci perbuatan tersebut dan berjanji tidak mengulangi perbuatan maksiat tersebut. 

Lima elemen penting dalam taubat 1. MENYESAL 2. INGIN KEMBALI KPD ALLAH 3. JANJI TIDAK ULANGI 4. MEMBENCI PERBUATAN TERSEBUT 5. MENJAUHI DAN MENINGGALKAN PERBUATAN TERSEBUT

Taubat juga membawa maksud mensyukuri nikmat yg Allah berikan kepada kita (kerana taubat itu adalah ibadah dan ibadah itu adalah kurnia, taubat itu bukan dibuat-buat melainkan ia yang Allah kurniakan kepada hambanya, jadi ia adalah suatu nikmat)

. Taubat ini adalah dilakukan settiap masa dengan beristighfar dan solat taubat setiap hari atau setiap malam agar kita sentiasa merendahkan diri kepada Allah, mendidik diri kita sentiasa tawadhu'.

2. KHAUF 

KHAUF adalah sifat takut kepada Allah sentiasa menjauhi dalam segala perkara mungkar serta segala larangan Allah. Sifat ini juga ada pada seseorang kerana takut amalannya tidak diterima oleh Allah, takut Allah tidak menerimanya, takut Allah tidak mengampunnya dan ia sentiasa mencari jalan untuk dalam redha dan rahmat Allah,, perasaan bimbang dan takut ini akan ada pada seseorang yang ingin menuju cinta kpd Allah. (tapi bukan takut yang tidak ikhtiar beribadat kepada Allah) kerana takut sahaja tapi tidak melakukan segala suruhan dan tidak menjauhi segala larangan, itu adalah takut yang sia-sia.

3. ZUHUD

ZUHUD adalah bersederhana dalam segala hal keduniaan. Mengelakkan diri daripada bermewah-mewahan tidak kira apa sahaj dalam urusan keduniaan. Kerana sifat ini melatih diri kita menjauhi cinta akan dunia secara automatis kita akan mengingati akan kematian. 

4, MAHABBAH

MAHABBAH adalah sifat cinta kepada Allah. Dengan mengenali Allah dengan mempelajari dan memahami segala zat, sifat, af'al dalam sifat 20 wajib bagi Allah taala dan juga memahami 99 nama Allah iaitu asma ul husna Allah maka akan wujudlah cinta Allah itu dalam diri sebagai hamba. Maka dengan wujudnya cinta ini maka akan cintalah kita kepada kekasihnya Rasulullah saw. Segala yang kita pandang adalah dalam kasih sayang Allah swt.

5.SABAR

SABAR adalah separuh daripada iman, sifat sabar ini memang sukar kita didik dalam hati kerana kita akan sentiasa di uji dengan ujian demi ujian. Dengan itu perlulah kita sentiasa beringat dan mempraktikkan dalam amalan kehidupan. Sentiasa memperbaiki diri daripada masa kesemasa. Sentiasa istighfar dan berselawat keatas nabi untuk menundukkan diri juga sentiasa menjaga wudu' (sentiasa dalam keadaan berwudu')

6. SYUKUR

SYUKUR ialah sifat berterima kasih kepada Allah. Sifat ini mendidik diri kita sentiasa berfikiran positif dan sentiasa husnudzon bersangka baik kepada Allah. Dengan ini walaupun ada sesuatu keburukan kita akan pandang ia dalam keadaan kebaikan yang telah Allah tentukan disebalik keburukan tersebut. Maka dengan itu segalanya adalah nikmat daripada Allah. Sykur juga melatih kita senitasa tidak berkira kepada Allah, walupun tiada, sedikit,banyak, baik dan buruk tetaplah kita berterima kasih kepada Allah kerana nikmat utama yang kita masih ada semasa itu adalah nyawa, nafas dan peluang.

7. IKHLAS

IKHLAS sifat yang bukan sekadar di lisan sahaj, ia sifat yang datangnnya daripada hati. Ikhlas ini tanpa menunjuk-menunjuk atau memberitahu tentang ikhlas itu. Perbuatan tersebut lahirnya kerana Allah. Ikhlas adalah membuat sesuatu perkara tersebut tanpa meminta balasan, segalanya adalah kerana Allah. Mengabdikan diri kepada Allah, kerana itulah perintahNya. Kerana kita lah hambanya dengan itu kita mencari redha dan cinta illahi.

8. TAWAKAL

TAWAKAL adalah sifat yang kita sentiasa berusaha dan berdoa kepada Allah swt. setelah itu jika apa segala ketentuan yang telah Allah berikan kita bersyukur dan redha terhadapNya samada jadi atau tidak sesuatu perkara tersebut.

9. REDHA

REDHA adalah sifat yang menerima segala ketentuan qada' dan qadar iyaini baik dan buruk itu datangnnya daripada Allah dan segala nasib yang buruk itu perlulah kita ikhtiar menjauhinya dan membaikinya kepada kebaikan. Kerana kehidupan ini adalah sentiasa berusaha menjadikan terbaik kepada Allah swt.

10.ZIKRUL MAUT

ZIKRUL MAUT adalah sifast sentiasa mengingati mati. Merngingati mati ini bukanlah melemahkan semangat kita dalam kehidupan bahkan menguatkan lagi semangat kerana dengan mengingati mati kita akan mencari jalan redha Allah, kita akan berusaha mencari asset akhirat, kita menjaga segala suruhan dan larangan Allah. Dengan itu kita sentiasa memohon kepada Allah memohon umur yang panjang dalam ketaatan kita kepada Allah.

















Thursday, 25 January 2024

DOA AFIAH UNTUK KESEJAHTERAAN DUNIA AKHIRAT

 Sebahagian ulama mengatakan amalkan seberapa banyak yang boleh dijadikan zikir pagi dan petang boleh mendapat kesejahteraan dan kesihatan yang berkekalan sehingga mana kita mengamalkan doa ini. Dibawah adalah doa pendek yang dijadikan wirid pagi dan petang, ada yang mengatakan cukup 100 kali wirid ini diwaktu siang insyaalah Allah berikan kesihatan yang baik...insyaalah

DOA AFIAH PENDEK

اَللّٰهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ الْعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَاْلاَخِرَةِ

Allâhumma innî as-alukal ‘âfiyah fid dunyâ wal âkhirah

“Ya Allah, aku memohon kepadamu keampunan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat."





DOA AFIAH PANJANG SERTA HADITH

Diriwayatkan oleh Abu Dawud, An-Nasai dan Ibnu Majjah dari Ibnu Umar ra bahwa ada sebuah doa yang tidak pernah ditinggalkan oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam baik di pagi maupun petang hari. Lafaz doa tersebut adalah seperti berikut:

   اَللّٰهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ الْعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَاْلاَخِرَةِ، اَللّٰهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ فِيْ دِيْنِيْ وَدُنْيَايَ وَأَهْلِيْ وَمَالِيْ، اَللّٰهُمَّ اسْتُرْ عَوْرَاتِيْ وَاٰمِنْ رَوْعَاتِيْ   

 (Allâhumma innî as-alukal ‘âfiyah fid dunyâ wal âkhirah, allâhumma innî as-alukal ‘afwa wal âfiyah fî dînî wadunyâya wa ahlî wa mâlî, allâhumma-stur ‘aurâtî wa âmin rau‘âtî)

“Ya Allah, aku memohon keampunan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat. Ya Allah aku memohon kebajikan dan keselamatan dalam agama, dunia, keluarga, dan hartaku. Ya Allah, tutupilah auratku (aib dan sesuatu yang tidak layak dilihat orang) dan tenteramkanlah aku dari rasa takut…” (Imam Nawawi, al-Adzkar, Semarang: Alawiyah, hal. 74).





SIFAT MAZMUMAH - SIFAT TERCELA

 Dalam keilmuan tasauf ia juga berkaitan dengan ilmu mengenal diri, ilmu tasauf ini kita diajar cara penyucian bab qalbu atau hati. Jadi perlulah kita mengenal sifat dalam hati kita yang tercela yang jika ada dalam hati kita, Allah tidak menerima amal ibadah kita. Jadi perlulah kita membuang dan menjauhi sifat ini dalam hati kita.

Dengan adanya sifat mazmumah dalam hati kita maka terbatal iman dalam diri kita. Antara sifat-sifat mazmumah ialah 

1. HASAD DENGKI - sifat hasad dengki ini adalah perasaan yang iri hati dengan kelebihan atau nikmat yang orang lain perolehi, ia merasakan orang itu mendapat lebih darinya dan tidak layak seseorang itu mendapat sesuatu nikmat itu.

2. TAKBUR - sombong dan bercakap besar dan bermegah diri, sifat ini dia suka membesarkan dirinya di hadapan orang lain samada perseorangan atau kepada masyarakat.

3. UJUB - merasakan diri lebih bagus dan lebih tinggi sesuatu perkara itu daripada orang lain. 

4. RIYAK DAN SUM 'AH - Riya' adalah sifat yang memperlihatkan kehebatan yang dia ada. riya' adalah sifat angkuh yang ingin dipuji sesuatu yang dipertontonkan kebaikannya,, Riya' juga sifat yang memperlihatkan kehebatan yang dia ada . Sum'ah pula sifat yang dimana ia suka mendengar orang lain atau masyarakat memuji dan berkata kebaikan diatas kebaikan yang dilakukan.ingin mendapat sanjungan diatas kebaikan atau khidmat yang dilakukan. Riya' sum'ah adalah tujuan yang sama ingin mendapat nama tinggi diatas sesuatu kebaikan yang dilakukan tapi berbeza daripada penglihatan dan pendengaran. Riya' hendakkan orang melihat kebaikannya manakala Sum'ah hendakkan oranglain bercakap kebaikan untuknya.

5. BAKHIL - sifat kedekut dan cintakan harta dunia. Ia adalah sifat yang bertentangan dengan pemurah. Disebabkan sifat bakhil ini orang akan menjadi sukar untuk menjalankan hartanya dijalan fisabilillah, juga sukar bersedekah, sukar untuk zakat menjadikan dirinya seorang yang sayangkkan harta yang sebenarnya amanah daripada Allah swt.

6. MENCINTAI KEMASYURAN - mencintai kemasyuran ini adalah matlamatnya bukan kerana Allah. Tetapi ingin mendapatkan nama dan sanjungan orang ramai. Ia bertentangan dengan keikhlasan seseorang dalam melakukan amal kebaikan. 

7. MARAH - adalah sifat yang berpunca darah berkumpul didalam hati, ia adalah sifat api yang daripada syaitan, jadi untuk mengawalnya selalulah beristighfar, selawat dan mengingati Allah serta ambil wudu' supaya api kemarahan cepat-cepat terpadam.

8. MENGUMPAT - sifat ini adalah menceritakan hal orang kepada orang lain. Kebiasaan adalah menceritakan keburukan orang lain daripada sudut fizikalnya, perbuatannya, sifatnya dan lain - lain.Walaupun ia betul ataupun direka-reka. Dosanya seperti memakan daging saudaranya yang mati. Ini kerana mengumpat kita mempunyai dosa kepada Allah dan dosa kita kepada manusia yang mengumpat itu. Ia juga dikatakan lebih berat dosa daripada berzina ini kerana zina kita boleh sahaj bertaubat kepada Allah tetapi dosa mengumpat bukan setakat kita bertaubat tetapi kita perlu minta kemaafan kpd orang yang kita mengumpat tersebut. Selagi ia tidak memaafkan maka dosa tersebut tetap tidak diampunkan lagi.

9. MENGADU DOMBA - sifat ini adalah mengadu dan menyampaikan khabar cerita percakapan orang lain kepada orang yang di cakapkan itu, seperti melaga - lagkan orang itu. ini akan merosakkan hubungan seseorang kepada orang lain.

10. BERDUSTA BERBOHONG - Sifat ini adalah samada perlakuan, percakapan menjadikan sesuatu itu daripada perkara kebenaran samada haq dan batil. Menyatakan sesuatu yang benar itu salah atau sesuatu yang salah itu benar.

11. BANYAK BERCAKAP YG TIDAK FAEDAH - perbuatan ini selalunya kita tidak sedar kerana lidah yang tidak bertulang kita perlu berhati-hati dalam berbicara, kerana dalam perbicaraan tersebut mungkin boleh tergelincir kepada bicara yang tidak perlu termasuk menjaga hati dan perasaan orang lain. Hal ini juga boleh langsung memasuki ke wilayah sifat-sifat mazmumah yang lain seperti bercakap hingga datangnya ria, ujub, takbur,sombong, mengumpat, menjadi marah, menadu domba dan lain-lain sifat yang buruk. Ia juga menimbulkan fitnah atau salah faham kepada orang lain.

12. SOMBONG - sifat ini dalam diri yang merasakan angkuh dan merasakan darjat labih tinggi daripada orang lain, atau kerana tidak setaraf atau kerana tiada apa - apa pulangan kepada seseorang itu. Ini secara langsung sifat ini berkaitan juga dengan sifat riya' takbur dan ujub.

13. CINTA DUNIA - Cinta dunia adalah apabila seseorang sayangkan kesenangan dunia baik berupa harta,wanita atau takhta sehingga membutakan hatinya dan lalai terhadap akhirat.rujuk kepada surah Al Ala' ayat 16-17, dan surah Qiyamah 20-21. Kerana kita cinta dunia hilanglah amanah kita didunia ini, yang sebenarnya segala yang ada adalah tujuan ibadah kerana Allah semata-mata. Segala yang nampak indah itu adalah bukti keagungan Allah dan ia membuatkan kita lebih yakin terhadap Allah swt bukan lebih kita menagihkan segala makhluk yang diciptakan ini kerana ia adalah fatamorgana yamg akan fana. Apabila kita cinta akan dunia ini kita akan lalai lalu kita akan takut akan mati. Jikka kita faham tentang erti kehidupan kita akan redha segala ketentuan Allah yang hidup ini perlukakan tanggungjawab dan amanah yang perlu dijalankan dengan ikhlas kerana Allah swt.






+

Tuesday, 23 January 2024

AMALAN UNTUK UJIAN BARANG ASLI ATAU TIPU

 INILAH ADALAH AYAT UNTUK KITA BACAKAN SEMASA KITA BELEK ATAU PERIKSA SESUATU BARANG ITU UNTUK MEMASTIKAN BARANG ITU BENAR ASLI, SEPERTI BATU PERMATA, ATAU SEBAGAINYA. INSYAALLAH SEMASA KITA BELEK BARANG ITU ALLAH AKAN TUNJUKKAN KEBENARAN BARANG TERSEBUT.








AMALAN DOA MEMBUKA SESUATU YG TERKUNCI

 AMAL AYAT INI UNTUK KEJAYAAN YANG KAMU CITA-CITAKAN JUGA DI AMALKAN UNTUK MASALAH YANG SUKAR DISELESAIKAN ATAU HAJAT PENTING.







AYAT DIBERI KECUKUPAN 285-286 AL BAQARAH

 




Petikan daripada Pejabat Mufti wilayah persekutuan

https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-al-hadith/3710-irsyad-al-hadith-siri-ke-419-kelebihan-membaca-dua-ayat-terakhir-surah-al-baqarah


  • Daripada Abu Mas’ud RA bahawa Nabi SAW bersabda:

مَنْ قَرَأَ بِالْآيَتَيْنِ مِنْ آخِرِ سُورَةِ البَقَرَةِ فِي لَيْلَةٍ كَفَتَاهُ

Maksudnya: “Barangsiapa yang membaca dua ayat terakhir dari surah al-Baqarah pada waktu malam telah cukup baginya dengan keduanya.” [Riwayat al-Bukhari (5009)]

 

Jawapan:

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Al-Quran merupakan sebuah kitab mukjizat yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan Jibril AS. Di samping itu, di dalam al-Quran juga terkandung seribu satu rahsia bagi sesiapa yang mentadabburnya dan sentiasa melaziminya dengan membacanya. Selain itu, terdapat banyak kelebihan yang akan diperolehi bagi orang yang sentiasa membaca dan mengamalkan ayat-ayat suci al-Quran berdasarkan kepada nas yang sahih sama ada daripada al-Quran dan juga hadith Nabi SAW.

Berdasarkan soalan di atas, antara makna telah cukup baginya di dalam hadith di atas sebagaimana yang disebutkan oleh Imam al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani di dalam kitabnya ketika mensyarahkan hadith ini terbahagi kepada beberapa makna:

  • Telah cukup baginya qiyamullail (bangun di tengah malam untuk beribadah)
  • Telah cukup baginya untuk membaca al-Quran sama ada di dalam atau di luar solat.
  • Telah cukup baginya perkara-perkara yang melibatkan aqidah kerana ayat tersebut menceritakan tentang keimanan dan amalan secara umum.
  • Telah cukup baginya (terselamat) daripada segala keburukan.
  • Telah cukup baginya (terselamat) daripada keburukan syaitan
  • Telah menolak keduanya (ayat tersebut) daripada keburukan manusia dan jin.
  • Telah cukup baginya untuk mendapatkan kebaikan daripada keduanya.

Melihat kepada makna-makna di atas, Imam Ibn Hajar mengatakan boleh jadi yang dimaksudkan oleh hadith adalah semua yang telah disebutkan. [Lihat: Fath al-Bari, 9/56] Tambahan pula, Imam al-Nawawi berkata makna cukup baginya di dalam hadith di atas adalah cukup baginya mendirikan malam pada malam tersebut, cukup baginya (terpelihara) daripada keburukan syaitan serta daripada kebinasaan-kebinasaan dan boleh jadi ia membawa makna kesemuanya sekali. [Lihat: al-Minhaj Syarah Sahih Muslim, 6/91-92]

 

Dua Ayat Terakhir Dari Surah al-Baqarah

 

  • Firman Allah SWT:

آمَنَ الرَّسُولُ بِمَا أُنزِلَ إِلَيْهِ مِن رَّبِّهِ وَالْمُؤْمِنُونَ ۚ كُلٌّ آمَنَ بِاللَّـهِ وَمَلَائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ لَا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِّن رُّسُلِهِ ۚ وَقَالُوا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا ۖ غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ ﴿٢٨٥﴾ لَا يُكَلِّفُ اللَّـهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا ۚ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ ۗ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِن نَّسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ ۖ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا ۚ أَنتَ مَوْلَانَا فَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ ﴿٢٨٦﴾

al-Baqarah: 285-286

Maksudnya: “Rasulullah telah beriman terhadap apa yang diturunkan kepadanya daripada Tuhannya dan juga orang-orang yang beriman. Semuanya beriman kepada Allah, Malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya dan Rasul-rasul-Nya. (Mereka berkata): Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain daripada kalangan rasul-rasulnya. Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunan-Mu wahai Tuhan kami dan kepada-Mu jualah tempat kembali. Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami. Oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.”

 

Penutup

Kesimpulannya, terdapat banyak kelebihan yang akan diperolehi bagi orang yang membaca di waktu malam dua ayat yang terakhir dari surah al-Baqarah ini serta memahaminya dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian mereka. Tambahan pula, hadith yang menceritakan berkaitan kelebihan ini adalah bersumberkan daripada hadith yang sahih iaitu daripada kitab Sahih al-Bukhari yang merupakan kitab paling sahih selepas al-Quran. Akhirnya, semoga Allah SWT menjadikan kita dalam kalangan ahli al-Quran dan orang-orang yang sentiasa mencintai serta mengamalkan apa yang terdapat di dalam al-Quran. Amin.

 

Wallahua’lam

KURSUS ASAS JURULATIH SIRI 1/2021

 


KURSUS ASAS JURULATIH

TARIKH :30 OKTOBER 2021

TEMPAT : AKADEMI SENI TRADITIONAL WARISAN MELAYU, SEK.U4 SHAH ALAM SELANGOR

MASA : 8.30PG -  5.00PTG 

DALAM KURSUS INI DIBENTANGKAN SILIBUS SENI SILAT LAKSAMANA SINGA SECARA RINGKAS SERTA DISEDIAKAN KITAB RINGKAS SILAT LAKSAMANA SINGA DALAM SILIBUS TANGAN KOSONG.

DIMASUKKAN JUGA AMALAN KAFIAT MEMBUKA GELANGGANG SERTA TUTUP GELANGGANG, PAGAR GELANGGANG DAN JUGA AMALAN PAGAR DIRI.

TAHNIAH KEPADA PESERTA YANG TERLIBAT MENJAYAKAN PROGRAM KURSUS INI.