KMIB menjemput Seni silat laksamana singa membuat persembahan di malam budaya
GABUNGAN SENI SILAT NUSANTARA, KUNCIAN SILAT MELAYU, KUNTAU, BUAH PUKUL, SILAT TOMOI, SILAT HARIMAU, AMALAN KEBATINAN PENDEKAR
Tuesday, 16 January 2024
PERSEMBAHAN DI MALAM BUDAYA MEMARTABATKAN PUSAKA WARISAN BANGSA
SELAWAT AL-FATIH
Syeikh Ahmad At-Tijani menyebutkan bahwa Nabi Muhammad SAW memberi tahu kepadanya bahwa sholawat fatih bukan murni susunan Syekh Al-Bakri. Namun Syekh Muhammad Al-Bakri beribadah memohon kepada Allah Swt dalam waktu yang lama, agar dianugrahi suatu sholawat yang meliputi pahala, sir, fadhiah-fadhilah dan keistimewaan semua shalawat Nabi Muhammad SAW didalamnya.
Setelah sekian lama waktu memohon, Allah mengabulkan doa syekh Muhmmad Al-Bakri, yaitu malaikat datang membawa sholawat fatih ini, yang tertulis dalam sebuah lembaran nur. Itu sebabnya diberi nama Shalawat Al-Bakriyah sebagaimana juga diberi nama Al-Yaaqutatul Faridah (permata Yaqut yang tidak ada duanya) tetapi kemudian lebih terkenal dengan Sholawat al-Fatih.
Syekh Ahmad Tijani kemudian diberi ijazah Sholawat Al-Fatih ini langsung dari Rasulullah Saw dan diberi penjelasan tentang pahala, sirr, faedah dan keistimewaannya juga tingkatan memberi ijazah pada orang lain
Dari situlah kemudian, shalawat al-Fatih ini menjadi salah satu ciri khas dari Tarekat Tijaniyah. Diantara keistimewaan sholawat fatih ini tidak ada yang menyimpang dari ayat atau kandungan Al Quran. Namun harus tetap diingat bahwa Sholawat al-Fatih bukan sebagian dari Al Quran.
AYAT SATU @AYAT TUNGGAL
Dalam amalan pendekar ayat ini diamalkan selepas solat fardhu dan semasa buka gelanggang juga sewaktu keluar daripada rumah.
Ayat satu ini digunakan sebagai pagar diri, pagar rumah, pagar gelanggang daripada dengki khianat manusia, jin dan syaitan.
Ayat satu ialah sebuah ayat Al-Quran iaitu ayat 15 surah Asy-Syura:
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
اللَّهُ رَبُّنَا وَرَبُّكُمْ لَنَا أَعْمَالُنَا وَلَكُمْ أَعْمَالُكُمْ لَا حُجَّةَ بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمُ اللَّهُ يَجْمَعُ بَيْنَنَا وَإِلَيْهِ الْمَصِيرُ
“Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang”
“Allah lah Tuhan kami dan Tuhan kamu; bagi kami amalan-amalan kami dan bagi kamu amalan-amalan kamu. Tidak ada hujjah/ pertengkaran di antara kami dan kamu; Allah menghimpunkan di antara kita dan kepada-Nyalah kita kembali.”
SAIYIDUL ISTIGHFAR
اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لاَ إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي، فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ
Yang bermaksud: “Ya Allah, Engkau adalah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Engkau. Engkau telah menciptakanku dan aku adalah hamba-Mu. Aku berpegang dengan perjanjian-Mu dan janji-Mu sesuai dengan kemampuanku. Aku berlindung kepada-Mu dari keburukan perbuatanku, aku mengakui dosaku kepada-Mu dan aku akui nikmat-Mu kepadaku, maka ampunilah daku. Sebab tidak ada yang dapat mengampuni dosa selain-Mu, dan aku meminta ampun dari segala yang pernah aku perbuat.”
Di dalam hadith ini, Nabi SAW menyatakan akan kelebihan bagi sesiapa yang beramal dengan Sayyid al-Istighfar.
- Sabda Baginda SAW lagi di dalam hadith yang sama:
وَمَنْ قَالَهَا مِنَ النَّهَارِ مُوقِنًا بِهَا، فَمَاتَ مِنْ يَوْمِهِ قَبْلَ أَنْ يُمْسِيَ، فَهُوَ مِنْ أَهْلِ الجَنَّةِ، وَمَنْ قَالَهَا مِنَ اللَّيْلِ وَهُوَ مُوقِنٌ بِهَا، فَمَاتَ قَبْلَ أَنْ يُصْبِحَ، فَهُوَ مِنْ أَهْلِ الجَنَّةِ
Maksudnya: “Barangsiapa yang mengucapkannya (Sayyid al-Istighfar) di waktu siang hari serta yakin dengannya, lalu dia meninggal pada hari itu sebelum waktu petang, maka dia termasuk dalam kalangan penghuni syurga. Dan barangsiapa yang mengucapkannya di waktu malam dengan penuh keyakinan lalu dia meninggal sebelum masuk waktu pagi, maka dia termasuk dalam kalangan penghuni syurga”.
Monday, 15 January 2024
MAJLIS PERISYTIHARAAN GELANGGANG
TARIKH : 16 MARCH 2022
HARI : RABU
MASA: 8.30MLM
TEMPAT : JALAN OTHMAN MUAR JOHOR
Majlis perisytiharaan gelanggang di rasmi oleh Calon (PBM) N.15 Maharani, Hanis Asmui. Sebagai tanda sokongan kepada belia dalam melestarikan Seni Silat Melayu Pusaka Bangsa.
Jemputan Juga kepada
Pesaka Muar Nor shaheed, Ayahanda Muharam Jati, Paduka Ayahanda Samad, Tuan Guru Rashid Silat sendeng, Imam Ayahanda Rahman Busana Jati,
Ayahanda Din Sunan, Tok Ayah Fauzi AFR Selatan, Ayahanda Ustaz Faizal TWS, Ayahanda Remy TWS, juga jemaah TWS
Penasihat Silat Laksaman Singa Tok Walid Setia Ustaz Hisham,
Disini saya menyatakan pertubuhan tidak terlibat mana-mana parti politik, kami sekadar mengambil peluang bagi perjuangan dalam mempromosikan silat warisan melayu. Sesiapa pun berhak menyokong silat dengan niat perjuangan warisan melayu. Ada juga pemahaman politik lain yang mengkritik kami dan ada yang berlapang dada kerana memandang daripada perspektif positif iaitu perjuangan Silat warisan Bangsa. Siapa yang sejati duduk dalam perjuangan silat memahami segala apa yg kita perjuangkan menggunakan kewangan dan sokongan. Ada juga yang guru banyak mengeluarkan duit poket, duit simpanan sendiri untuk sentiasa mempromosikan silat melayu. Tanpa sponsor kita takkan dapat buat event yang niat mempromosikan silat juga mengeratkan silaturrahim insyaallah.
KAMI MENGUCAPAKN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA SAHABAT PENGASAS DAN JUGA DARIPA WAKIL WAKIL NGO DAN PERGURUAN SILAT LAIN YANG MENYOKONG SILAT LAKSAMANA SINGA TANPA MEMIKIRKAN PERSPEKTIF NEGETIF DAN PAHAMAN POLITIK. ANDA SEMUA BERHATI MULIA KERANA NIAT SILATURRAHIM DAN PERJUANGAN WARISAN MELAYU. SEMOGA ALLAH MEMBALAS JASA DAN SENTIASA DALAM REDHA ALLAH SWT.
TEMURAMAH WARTAWAN BERNAMA, MALAYSIAGAZETTE
MAJLIS PERSIREH DAN PERLIMAU GELANGGANG SRI ANDI PARIT AMAL MUAR
WAJIBKAH PERSIREH DAN PERLIMAU TAPAK???
JAWAPANNYA TIDAK WAJIB BAGI SILAT LAKSAMANA SINGA IA HANYA ADAT ISTIHADAT. TETAPI MURID YANG TIADA ADAT ISTIHADAT TIDAK LAYAK PENERIMAAN WATIKAH KHATAM ATAU MENJADI JURULATIH ATAU MENDAPAT JAWATAN DALAM JUMAAH KERABAT SESILA.
PERSIREH
Adalah simbolik Penerimaan guru kepada anak murid. Guru akan memberi makan sireh lengkap dicalit kapur, pinang dan gambir. Ini di kekalkan istihadat ini sebagai tidak ditenggelam zaman. kerana masyarakat melayu dahulu mengamalkan sirih sebagai makanan kesihatan. Dan menjadi budaya bagi pengamalnya.
PERLIMAU TAPAK
Mandi perlimau tapak ini sebagai simbolik pembersihan diri untuk menerima ilmu. Ini sebagai satu simbolik yang kita perlu membersihkan diri zahir dan batin untuk mendapatkan ilmu yang bermanfaat dan mendapat kefahaman. Bukan sekadar belajar untuk suka-suka atau untuk luangkan masa. Ilmu yang kita pelajari berniat kerana Allah taala insyaallah akan memberi manfaat kpd kita. Ilmu itu yang mempunya hak adalah Ya Alim yang maha mengetahui (ilmun/Aliman). Jadi sebagai khalifah di muka bumi ini kita letakkan segalanya yg kita mahu ini bersifat pinjaman dan yang mempunya segala kekuatan dan kekuasaan adalah Allah swt.
MAJLIS BERLANGSUNG
TARIKH : 3 JANUARI 2022
HARI: ISNIN
MASA : 9.00MALAM-11.30MLM
TEMPAT: GELANGGANG SRI ANDI TOK AYAH IMAM FAUZI, PARIT AMAL DARAT, MUAR JDT










































