Tuesday, 16 January 2024

PERSEMBAHAN MAJLIS PERKAHWINAN ANAK SAUDARA TOK MUDA ISHAK

 JEMPUTAN PERSEMBAHAN MAJLIS PERKAHWINAN ANAK SAUDARA TOK MUDA ISHAK GABNGAN BERSAMA AHLI SILA BAJI HARIMAU SELEMPANG MERAH DAN KMIB MALAYSIA

TARIKH : 12 FEBUARI 2022

HARI: SABTU

jAM : 10.00 PAGI


TERIMA KASIH KEPADA JEMPUTAN JUGA AHLI YANG TERLIBAT


















MAJLIS IFTAR SESILA 2022

 MAJLIS IFTAR BERSAMA AHLI SILAT LAKSAMAN SINGA

TARIKH : 27 APRIL 2022

HARI : RABU


SESI FOTOGRAFI












PERSEMBAHAN DI MALAM BUDAYA MEMARTABATKAN PUSAKA WARISAN BANGSA

 KMIB menjemput Seni silat laksamana singa membuat persembahan di malam budaya



PERSEMBAHAN SILAT LAKSAMANA SINGA



BERSAMA KUMPULAN GENDANG




SESI FOTOGRAFI






SELAWAT AL-FATIH



"ALLAHUMMA SOLLI A'ALA SAI,YI DINA MUHAMAD, ALFATIHI LIMA UGHLIQO WALKHOTILIMI LIMASABAQ, WANASIRILHAQI BILHAQ, WALHADI ILA SIRATHIKAL MUSTAQIM, WA'ALA ALIHI WASAHBIHI HAQQA QADRIHI WAMIQDARIHIL A'ZIM"

Selawat Fateh juga salah satu amalan pendekar untuk membuka kasyaf dan juga membuka batin musuh (membuang ilmu batin musuh) juga amalan bagi membuka kuncian yang musuh lakukan. Amalan ini juga diamalkan selepas solat 5 waktu.

Amalan selawat al fatih ini pengasas ambil ijazah dengan beberapa guru termasuk didalam wirid khawjakan di Pertubuhan Khawjakan negeri Johor. Syeikh Ahmad Tunggal. Bersanad terus ke Syeikh Fadhil Al Banten.

Amalkan dengan niat mendapat cinta dan rindu kepada rasulullah. Selawat Al fatih ini banyak versi. Tapi yang saya beri diatas adalah yang saya ambil ijazah di khawjakan johor. Semoga bermanfaat kepada kita semua dan dapat berhimpun bersama rasulullah di akhirat kelak.

SEJARAH SELAWAT AL-FATIH

Sejarah Selawat ini adalah daripada Al-Quthb Asy-Syeikh Muhammad bin Abil Hasan Al-Bakri As-Shiddiq. Dikisahkan dahulu sekitar tahun (1180-1196 H) dalam usia 46 tahun Al-Quthbul Maktum Asy-Syeikh Ahmad bin Muhammad bin Asy-Syarif Al-Hasani At-Tijani ra. berjumpa Sayyidul Wujud Rasulullah SAW dalam keadaan terjaga bukan mimpi.

Syeikh Ahmad At-Tijani menyebutkan bahwa Nabi Muhammad SAW memberi tahu kepadanya bahwa sholawat fatih bukan murni susunan Syekh Al-Bakri. Namun Syekh Muhammad Al-Bakri beribadah memohon kepada Allah Swt dalam waktu yang lama, agar dianugrahi suatu sholawat yang meliputi pahala, sir, fadhiah-fadhilah dan keistimewaan semua shalawat Nabi Muhammad SAW didalamnya.

Setelah sekian lama waktu memohon, Allah mengabulkan doa syekh Muhmmad Al-Bakri, yaitu malaikat datang membawa sholawat fatih ini, yang tertulis dalam sebuah lembaran nur. Itu sebabnya diberi nama Shalawat Al-Bakriyah sebagaimana juga diberi nama Al-Yaaqutatul Faridah (permata Yaqut yang tidak ada duanya) tetapi kemudian lebih terkenal dengan Sholawat al-Fatih.

Syekh Ahmad Tijani kemudian diberi ijazah Sholawat Al-Fatih ini langsung dari Rasulullah Saw dan diberi penjelasan tentang pahala, sirr, faedah dan keistimewaannya juga tingkatan memberi ijazah pada orang lain

Dari situlah kemudian, shalawat al-Fatih ini menjadi salah satu ciri khas dari Tarekat Tijaniyah. Diantara keistimewaan sholawat fatih ini tidak ada yang menyimpang dari ayat atau kandungan Al Quran. Namun harus tetap diingat bahwa Sholawat al-Fatih bukan sebagian dari Al Quran.











AYAT SATU @AYAT TUNGGAL

Dalam amalan pendekar ayat ini diamalkan selepas solat fardhu dan semasa buka gelanggang juga sewaktu keluar daripada rumah.

Ayat satu ini digunakan sebagai pagar diri, pagar rumah, pagar gelanggang daripada dengki khianat manusia, jin dan syaitan. 


Ayat satu ialah sebuah ayat Al-Quran iaitu ayat 15 surah Asy-Syura:

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

اللَّهُ رَبُّنَا وَرَبُّكُمْ لَنَا أَعْمَالُنَا وَلَكُمْ أَعْمَالُكُمْ لَا حُجَّةَ بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمُ اللَّهُ يَجْمَعُ بَيْنَنَا وَإِلَيْهِ الْمَصِيرُ


“Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang”

“Allah lah Tuhan kami dan Tuhan kamu; bagi kami amalan-amalan kami dan bagi kamu amalan-amalan kamu. Tidak ada hujjah/ pertengkaran di antara kami dan kamu; Allah menghimpunkan di antara kita dan kepada-Nyalah kita kembali.”






SAIYIDUL ISTIGHFAR

Saiyidul istighfar ini salah satu amalan yang penting sebelum mengamalkan amalan ayat - ayat amalan pendekar. Kerana sesuatu yg kita hendak beramal perlulah membersihkan diri dan memohon Allah mengampunkan segala dosa-dosa kita, samada dosa besar dan kecil, dosa yang sengaja kita lakukan dan tidak sengaja dilakukan serta dosa yg berulang kali kitalakukan selepas bertaubat. 
Dalam ilmu persilatan ini amalan yg diberi oleh guru yg terdahulu adalah cukup sekadar membaca selepas solat fardhu sebanyak 3x.


INILAH BACAAN SAYIDUL ISTIGHFAR SERTA MAKSUDNYA


اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لاَ إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي، فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ


Yang bermaksud: “Ya Allah, Engkau adalah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Engkau. Engkau telah menciptakanku dan aku adalah hamba-Mu. Aku berpegang dengan perjanjian-Mu dan janji-Mu sesuai dengan kemampuanku. Aku berlindung kepada-Mu dari keburukan perbuatanku, aku mengakui dosaku kepada-Mu dan aku akui nikmat-Mu kepadaku, maka ampunilah daku. Sebab tidak ada yang dapat mengampuni dosa selain-Mu, dan aku meminta ampun dari segala yang pernah aku perbuat.”

Di dalam hadith ini, Nabi SAW menyatakan akan kelebihan bagi sesiapa yang beramal dengan Sayyid al-Istighfar.

 

  • Sabda Baginda SAW lagi di dalam hadith yang sama:

 

وَمَنْ قَالَهَا مِنَ النَّهَارِ مُوقِنًا بِهَا، فَمَاتَ مِنْ يَوْمِهِ قَبْلَ أَنْ يُمْسِيَ، فَهُوَ مِنْ أَهْلِ الجَنَّةِ، وَمَنْ قَالَهَا مِنَ اللَّيْلِ وَهُوَ مُوقِنٌ بِهَا، فَمَاتَ قَبْلَ أَنْ يُصْبِحَ، فَهُوَ مِنْ أَهْلِ الجَنَّةِ

Maksudnya: “Barangsiapa yang mengucapkannya (Sayyid al-Istighfar) di waktu siang hari serta yakin dengannya, lalu dia meninggal pada hari itu sebelum waktu petang, maka dia termasuk dalam kalangan penghuni syurga. Dan barangsiapa yang mengucapkannya di waktu malam dengan penuh keyakinan lalu dia meninggal sebelum masuk waktu pagi, maka dia termasuk dalam kalangan penghuni syurga”.

Monday, 15 January 2024

MAJLIS PERISYTIHARAAN GELANGGANG

TARIKH : 16 MARCH 2022

HARI : RABU

MASA: 8.30MLM

TEMPAT : JALAN OTHMAN MUAR JOHOR

Majlis perisytiharaan gelanggang di rasmi oleh Calon (PBM) N.15 Maharani, Hanis Asmui. Sebagai tanda sokongan kepada belia dalam melestarikan Seni Silat Melayu Pusaka Bangsa. 

Jemputan Juga kepada 

Pesaka Muar Nor shaheed, Ayahanda Muharam Jati, Paduka Ayahanda Samad, Tuan Guru Rashid Silat sendeng, Imam Ayahanda Rahman Busana Jati, 

Ayahanda Din Sunan, Tok Ayah Fauzi AFR Selatan, Ayahanda Ustaz Faizal TWS, Ayahanda Remy TWS, juga jemaah TWS

Penasihat Silat Laksaman Singa Tok Walid Setia Ustaz Hisham, 

Disini saya menyatakan pertubuhan tidak terlibat mana-mana parti politik, kami sekadar mengambil peluang bagi perjuangan dalam mempromosikan silat warisan melayu. Sesiapa pun berhak menyokong silat dengan niat perjuangan warisan melayu. Ada juga pemahaman politik lain yang mengkritik kami dan ada yang berlapang dada kerana memandang daripada perspektif positif iaitu perjuangan Silat warisan Bangsa. Siapa yang sejati duduk dalam perjuangan silat memahami segala apa yg kita perjuangkan menggunakan kewangan dan sokongan. Ada juga yang guru banyak mengeluarkan duit poket, duit simpanan sendiri untuk sentiasa mempromosikan silat melayu. Tanpa sponsor kita takkan dapat buat event yang niat mempromosikan silat juga mengeratkan silaturrahim insyaallah.








KAMI MENGUCAPAKN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA SAHABAT PENGASAS DAN JUGA DARIPA WAKIL WAKIL NGO DAN PERGURUAN SILAT LAIN YANG MENYOKONG SILAT LAKSAMANA SINGA TANPA MEMIKIRKAN PERSPEKTIF NEGETIF DAN PAHAMAN POLITIK. ANDA SEMUA BERHATI MULIA KERANA NIAT SILATURRAHIM DAN PERJUANGAN WARISAN MELAYU. SEMOGA ALLAH MEMBALAS JASA DAN SENTIASA DALAM REDHA ALLAH SWT.