Tuesday, 23 January 2024

AMALAN AMAN DARIPADA SENJATA TAJAM

 AMALAAN AYAT INI ADALAH FADHILATNYA AMAT BESAR TAPI DALAM PERSILATAN KITA GUNAKAN SEBAGAI TERHINDAR DARIPADA CEDERA TERKENA SENJATA TAJAM IAITU KEBAL. AYAT INI JUGA KALAU DIBACA TERHINDAR IA DARIPADA KEMATIAN KECUALI IA LUPA MEMBACANYA.


Surat at-Taubah Ayat 128-129


لَقَدْ جَآءَكُمْ رَسُولٌ مِّنْ أَنفُسِكُمْ عَزِيزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِيصٌ عَلَيْكُم بِٱلْمُؤْمِنِينَ رَءُوفٌ رَّحِيمٌ

Artinya: Sungguh telah datang kepadamu seorang Rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang mukmin. (Surat At-Taubah Ayat 128)

فَإِن تَوَلَّوْا۟ فَقُلْ حَسْبِىَ ٱللَّهُ لَآ إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ۖ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ ۖ وَهُوَ رَبُّ ٱلْعَرْشِ ٱلْعَظِيمِ

Artinya: Jika mereka berpaling (dari keimanan), maka katakanlah: "Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepadaNya aku bertawakal dan Dia adalah Tuhan yang memiliki 'Arsy yang agung". (Surat At-Taubah Ayat 129)









Monday, 22 January 2024

TAHAP 8 KHATAM TANGAN KOSONG PANGLIMA MUDA SINGA SRI SETIA

SELEPAS UJIAN TAHAP 8 AKHIRNYA ADALAH MAJLIS KHATAM TANGAN KOSONG.

MAJLIS INI DIBUAT DENGAN ADAT ISITHADAT PERSILATAN MELAYU
SEELOKNYA DIBUAT DITEMPAT SUNGAI. BOLEH JUGA DIBUAT DI KAWASAN GELANGGANG JIKA DI TEMPAT YANG SUNYI ATAU HUTAN.

MURID PERLULAH MENYEDIAKAN BEBERAPA BARANG UNTUK KHATAM
PENGERAS
KAIN PASANG 4 ELA
BENANG 7 WARNA
JARUM JAHIT 3 BATANG

BARANG MURID
SIREH BERTEMU URAT, KAPUR, PINANG, GAMBIR
LIMAU NIPIS 7 BIJI, SABUT KELAPA SEJENGKAL
KAIN MERAH 2 ELA
TASBIH KAYU DAN ATAU BATU 100 BUTIR
KELAPA TUA HIJAU 3 BIJI 

KAFIAT KHATAM TANGAN KOSONG
KEILMUAN SELEMPANG MERAH
KEILMUAN TANGAN BESI
UJIAN TETAK PARANG
UJIAN PUKULAN
MANDI MINYAK
KAEDAH BERSULUK
MANDI PERLIMAU
MANDI SEMANGAT DAN PENIMBUL


MANDI KHATAM PERLIMAU


UJIAN TETAK PARANG

UJIAN TETAK PARANG

UJIAN PUKULAN

UJIAN PUKULAN

UJIAN PUKULAN

UJIAN PUKULAN


PERSIREH


MANDI MINYAK

MANDI MINYAK

MANDI MINYAK

MANDI MINYAK

MANDI MINYAK

PERSIREH

PERSIREH

PERSIREH








TAHAP 8 MERAH KEMBAR HITAM PANGLIMA MUDA SINGA SRI SETIA

 TAHAP 8 ADALAH KHATAM TANGAN KOSONG DIMANA DISINI KITA FOKUSKAN KEPADA UJIAN-UJIAN TEMPUR SUKAN DAN TEMPUR BEBAS.

ANTARA SILBUSNYA ADALAH

1.       PESILUT SINGA TUNGGAL

-          PELEPAS KUNCIAN

KAEDAH MEMBUKA KUNCIAN SILAT YANG DIPELAJARI, KAEDAH MENCARI RUANG DAN GERAK MELEPASKAN DIRI

-          GELUTAN, 

KAEDAH DIMANA GELUTAN DALAM KAIN PELIKAT, GELUTAN DALAM RUANG KECIL, GELUTAN KAWASAN LAPANG

-          TEMPUR SUKAN

DISINI KITA AJAR TEKNIK TEMPUR SUKAN DAN PERATURAN

- TEMPUR BEBAS

INI LAH YANG MENENTUKAN TAMAT LATIHAN TANGAN KOSONG ADALAH TEMPUR BEBAS TANPA PERATURAN, BEBAS MELAKUKAN SEGALA TEKNIK DAN TANPA APA-APA PERLINDUNGAN BADAN SEMASA BERTEMPUR.

KHATAM TANGAN KOSONG

MELALUI ISTIHADAT KHAS KHATAM TANGAN KOSONG





TEMPUR TANGAN KOSONG

Sunday, 21 January 2024

AMALAN SUPAYA SENTIASA DAPAT PERHATIAN DAN PERTOLONGAN ALLAH

 Amalan perlu diamalkan setiap hari atau bila kita perlukan pertolongan daripada Allah. Sesungguhnya pada Dia lah kita memohon pertolomgan tiada yang lain daripadaNya. Itulah juga yang kita ucapkan didalam surah Al Fatihah iaitu " Iya kana' budu waiya kanas ta'in" Hanya Kau yang kami sembah dan Hanya Kau lah yang kami minta pertolongan. 

Amalkan selepas solat 5 waktu dan bila keluar rumah apabila kita berharap untuk medapat pertolongan Allah dalam sesuatu masalah dan hajat.

Amalan ini juga bagus diamalkan supaya kita sentiasa dalam perhatian Allah. Sesungguhnya memang kita sentiasa dalam perhatiannya tapi yang kita mahukan adalah redhanya dan rahmatnya.

INILAH AMALAN DOANYA



DOA SIHAT TUBUH BADAN PENGLIHATAN DAN PENDENGARAN

 Doa ini di baca dan diamalkan untuk kesihatan tubuh badan penglihatan dan pendengaran

Inilah doanya Dibaca sebanyak 3 kali setiap hari atas selepas solat 5 waktu.

"ALLAHUMMA   'AAFINI FIBADANIY, 
ALLAHUMMA  'AAFINI FI SAM'IEE,
 ALLAHUMMA 'AAFINI FIBASARI,
 LAA ILAA HA ILLA ANTA.










MANDI HAYAT UNTUK KETAHANAN BADAN

Mandi hayat ini adalah amalan orang orang dulu untuk ketahanan badan dan kuat badan. Jika berlaku bencana atau kecelakaan tubuh badan kita terselamat daripada cedera dan kuat tubuh badan semasa berlawan dengan musuh. Amalan ini diamalkan oleh masyarakat dahulu.

Ada beberapa kafiat atau tatacara mandi hayat ini, ada yang memanggil mandi penahan tubuh kerana fadhilat mandi ini adalah untuk kekuatan badan walaupun sudah berumur. Ada juga mengamalkan mandi ini dengan tujuan membuang penyakit dalam tubuh dan sihat badan. Semua bergantung kepada niat. Semasa mandi itu kita bermohon Ya Allah berikaan kekuatan kepada rohku, jasadku, uratku, dagingku,kulitku dan tulangku. 

KAFIAT PERTAMA 

Biasa diamalkan kepada pesilat dan yang menagmbil ilmu kebatinan. Iaitu mandi di sungai. Dibaca sebanyak tujuh kali lalu menyelam tahan nafas sambil niat Ya Allah Kuatkan Rohku Jasadku, Berikan Aku ketahanan badan, kulitku, uratkuku, dagingku dan tulangku. Selepas itu buat sebanyak 7 kali. (menyelam 7 x setiap sebelum menyelam dibaca niat mandi 7x)

Ada juga baca sekali niat dan menyelam tahan nafas sebanyak 7 x. Bergantung kepada kemampuan diri.

KAFIAT KEDUA

Ada juga bermula dengan amalan ini selama 40 hari selepas itu kita beramal seminggu sekali.
Menggunakan air tadahan hujan, air tadahan perigi atau air tadahan sungai. Jika ingin menggunakan air tadahan paip perlulah disimpan dahulu selama 3 hari barulah ia boleh digunakan untuk mandian. 
Tatacara mandi dengan niat sekali lalu mandi dengan meratakan air keseluruh tubuh seperti mandi wajib.


KAFIAT KETIGA 

Beramal selama 3 bulan tanpa tinggal, jika tinggal ulang semula hari pertama. Selepas itu cukup beramal sebulan sekali pada bulan penuh 13, 14,atau 15 hijrah. pilih mana-mana tarikh.

atau diamalkan setiap hari selagi mana kita inginkan fadhilatnya.

Semasa mandi niatkan mohon pada Allah didalam hati atau lafaz Ya Allah kau tahan dan kuatkan tubuh badan ini daripada segala bencana, jika ada penyakit didalam tubuhku lahir dan batin kau buangkanlah dari tubuh badan ini zahir dan batin.


Nota : Jangan mandi didalam toilet, jika bilik mandi anda ada toilet anda perlulah mandi diluar rumah.
Seelok untuk menjaga diri kita perlulah sediakan bilik mandi khas yang tidak bercampur aduk dengan jamban. Kerana jika mandi wajib juga makruh kita mandi didalam jamban.

Mandi tutuplah dengan kain basahan seperti berkemban, jangan mandi bogel kerana itulah adab kita dalam islam, jagalah adab untuk keberkatan. Masuk bilik mandi dengan bacaan doa perlindungan daripada syaitan.

INILAH DIA DOA NIAT MANDI HAYAT





















TAHAP 7 MERAH HITAM BENTARA SINGA PERANG

 

1.       JURUSAN SINGA TEMPUR MENANTI TENDANGAN

Ada 10 teknik serang balas tendamgan yang perlu di praktikkan dalam slibus ini. Teknik elakkan dan serang, teknik tangkapan dan kuncian, teknik tepisan dan serangbalas. Teknik ini perlu benar-benar dikuasai membolehkan kita tangkas dalam menghapi pihak lawan yang pakar dengan tendangan. 

Dalam teknik ini juga kita pelajari mengelak serangan daripada berbagai sudut supaya kita tidak kekok dalam situasi apapun, atas, tengah dan juga bawah tapak silat.

Juga kita mempelajari teknik mnguasai tangkapan dan kuncian kaki, ini kerana untuk melakukan kuncian kaki bukanlah senang, kita perlu betul-betul sudah menguasai teknik dan juga cekap dalam penggunaan teknik tersebut.

Dalam 10 jenis teknik menanti serangan ini jika kita sudah menguasai, mudahlah kita menghadap pihak lawan kita dan kita tidak teragak-agak untuk melakukan serang balas terhadap pihak lawan.