Sunday, 21 January 2024

AMALAN SUPAYA SENTIASA DAPAT PERHATIAN DAN PERTOLONGAN ALLAH

 Amalan perlu diamalkan setiap hari atau bila kita perlukan pertolongan daripada Allah. Sesungguhnya pada Dia lah kita memohon pertolomgan tiada yang lain daripadaNya. Itulah juga yang kita ucapkan didalam surah Al Fatihah iaitu " Iya kana' budu waiya kanas ta'in" Hanya Kau yang kami sembah dan Hanya Kau lah yang kami minta pertolongan. 

Amalkan selepas solat 5 waktu dan bila keluar rumah apabila kita berharap untuk medapat pertolongan Allah dalam sesuatu masalah dan hajat.

Amalan ini juga bagus diamalkan supaya kita sentiasa dalam perhatian Allah. Sesungguhnya memang kita sentiasa dalam perhatiannya tapi yang kita mahukan adalah redhanya dan rahmatnya.

INILAH AMALAN DOANYA



DOA SIHAT TUBUH BADAN PENGLIHATAN DAN PENDENGARAN

 Doa ini di baca dan diamalkan untuk kesihatan tubuh badan penglihatan dan pendengaran

Inilah doanya Dibaca sebanyak 3 kali setiap hari atas selepas solat 5 waktu.

"ALLAHUMMA   'AAFINI FIBADANIY, 
ALLAHUMMA  'AAFINI FI SAM'IEE,
 ALLAHUMMA 'AAFINI FIBASARI,
 LAA ILAA HA ILLA ANTA.










MANDI HAYAT UNTUK KETAHANAN BADAN

Mandi hayat ini adalah amalan orang orang dulu untuk ketahanan badan dan kuat badan. Jika berlaku bencana atau kecelakaan tubuh badan kita terselamat daripada cedera dan kuat tubuh badan semasa berlawan dengan musuh. Amalan ini diamalkan oleh masyarakat dahulu.

Ada beberapa kafiat atau tatacara mandi hayat ini, ada yang memanggil mandi penahan tubuh kerana fadhilat mandi ini adalah untuk kekuatan badan walaupun sudah berumur. Ada juga mengamalkan mandi ini dengan tujuan membuang penyakit dalam tubuh dan sihat badan. Semua bergantung kepada niat. Semasa mandi itu kita bermohon Ya Allah berikaan kekuatan kepada rohku, jasadku, uratku, dagingku,kulitku dan tulangku. 

KAFIAT PERTAMA 

Biasa diamalkan kepada pesilat dan yang menagmbil ilmu kebatinan. Iaitu mandi di sungai. Dibaca sebanyak tujuh kali lalu menyelam tahan nafas sambil niat Ya Allah Kuatkan Rohku Jasadku, Berikan Aku ketahanan badan, kulitku, uratkuku, dagingku dan tulangku. Selepas itu buat sebanyak 7 kali. (menyelam 7 x setiap sebelum menyelam dibaca niat mandi 7x)

Ada juga baca sekali niat dan menyelam tahan nafas sebanyak 7 x. Bergantung kepada kemampuan diri.

KAFIAT KEDUA

Ada juga bermula dengan amalan ini selama 40 hari selepas itu kita beramal seminggu sekali.
Menggunakan air tadahan hujan, air tadahan perigi atau air tadahan sungai. Jika ingin menggunakan air tadahan paip perlulah disimpan dahulu selama 3 hari barulah ia boleh digunakan untuk mandian. 
Tatacara mandi dengan niat sekali lalu mandi dengan meratakan air keseluruh tubuh seperti mandi wajib.


KAFIAT KETIGA 

Beramal selama 3 bulan tanpa tinggal, jika tinggal ulang semula hari pertama. Selepas itu cukup beramal sebulan sekali pada bulan penuh 13, 14,atau 15 hijrah. pilih mana-mana tarikh.

atau diamalkan setiap hari selagi mana kita inginkan fadhilatnya.

Semasa mandi niatkan mohon pada Allah didalam hati atau lafaz Ya Allah kau tahan dan kuatkan tubuh badan ini daripada segala bencana, jika ada penyakit didalam tubuhku lahir dan batin kau buangkanlah dari tubuh badan ini zahir dan batin.


Nota : Jangan mandi didalam toilet, jika bilik mandi anda ada toilet anda perlulah mandi diluar rumah.
Seelok untuk menjaga diri kita perlulah sediakan bilik mandi khas yang tidak bercampur aduk dengan jamban. Kerana jika mandi wajib juga makruh kita mandi didalam jamban.

Mandi tutuplah dengan kain basahan seperti berkemban, jangan mandi bogel kerana itulah adab kita dalam islam, jagalah adab untuk keberkatan. Masuk bilik mandi dengan bacaan doa perlindungan daripada syaitan.

INILAH DIA DOA NIAT MANDI HAYAT





















TAHAP 7 MERAH HITAM BENTARA SINGA PERANG

 

1.       JURUSAN SINGA TEMPUR MENANTI TENDANGAN

Ada 10 teknik serang balas tendamgan yang perlu di praktikkan dalam slibus ini. Teknik elakkan dan serang, teknik tangkapan dan kuncian, teknik tepisan dan serangbalas. Teknik ini perlu benar-benar dikuasai membolehkan kita tangkas dalam menghapi pihak lawan yang pakar dengan tendangan. 

Dalam teknik ini juga kita pelajari mengelak serangan daripada berbagai sudut supaya kita tidak kekok dalam situasi apapun, atas, tengah dan juga bawah tapak silat.

Juga kita mempelajari teknik mnguasai tangkapan dan kuncian kaki, ini kerana untuk melakukan kuncian kaki bukanlah senang, kita perlu betul-betul sudah menguasai teknik dan juga cekap dalam penggunaan teknik tersebut.

Dalam 10 jenis teknik menanti serangan ini jika kita sudah menguasai, mudahlah kita menghadap pihak lawan kita dan kita tidak teragak-agak untuk melakukan serang balas terhadap pihak lawan.


Saturday, 20 January 2024

TAHAP 6 MERAH BIRU PANJI HULUBALANG SINGA BERANTAI

 JURUSAN HULUBALANG SINGA

Pelajaran silibus 6 ini adalah tumpuan kepada pukulan dan tendangan berantai yg digabungkang dengan kaedah seni harimau, kuntau, sendeng, tomoi dan silat kalimah. Ini keran kita ingin membiasakan tapak kita kukuh diatas, ditengah dan dibawah. Juga jurusan ini diajar jenis tapak-tapak dalam persilatan.

1)       JURUS KUNTAU SINGA BERANTAI 1

2)       JURUS KUNTAU SINGA BERANTAI 2

3)       JURUS KUNTAU SINGA TEMPUR 3

4)       JURUS KUNTAU SINGA TEMPUR 4

5)       JURUS SINGA TERATAI 5

6)       JURUS SINGA 4 MATA

      7)     JURUS SINGA KALIMAH TALBIR, QIAM, RUKUK

TAHAP 5 MERAH HULUBALANG SINGA TUNGGAL

 Dalam silibus ini kita pelajari 3 mata pelajaran dalam kuncian dan jurusan

1. Jurusan Cekak Singa Tunggal (ada 10)

Jurusan ini adalah gerakan langkah berantai bagi melakukan 10 jenis cekak dan 10 jenis kuncian

2. Cekak Singa Tunggal (ada 10)

Permainan ini adalah jenis tangkapan dan jatuhan dalam permainan ini dapat juga melatih dalam ilmu pergelutan juga mencari ruang untuk jatuhan kepada pihak lawan. Pelajaran ini penting kerana mencari jalan singkatan dalam perlawanan untuk menjatuhkan pihak lawan dalam keadaan drastik dan momentom daya gerakan musuh itu. 

3. Kuncian Singa Tunggal (ada 10)

Permainan ini pula adalah mempelajari cara - cara melakukan kuncian pada pihak lawan, kuncian ini adalah cara memberhentikan pihak lawan daripada terus melakukan serangan. Jadi salah satu daripada kepentingan dalam kuncian adalah tenaga dan kekuatan. Selepas itu teknik dan kecekapan sesuatu kuncian yang dilakukan.




Friday, 19 January 2024

BISMILLAH 7 PENJAGA BADAN

 INI ADALAH AMALAN SETIAP HARI MENJAGA BADAN, DIBACA SAMBIL MELETAKKAN TANGAN DIDADA, ATAU DIBACA DITAPAK TANGAN SEPERTI DOA KEMUDIAN HEMBUS TAPAK TANGAN LALU USAP KESELURUH BADAN DIMULAI MUKA KEPALA HINGGA KAKI (KECUALI TAPAK KAKI) BOLEH JUGA DIBUAT AIR MANDIAN, DIBACA DAN HEMBUS PADA AIR MANDIAN. 

NOTA : (HEMBUS DISINI ADALAH HEMBUS MULUT YANG PERLAHAN SERTA PANJANG HABIS NAFAS. BUKAN HEMBUS TOK BOMOH TIUP API LILIN. HEMBUS KUAT)

DI BACA SEBANYAK 3X 7X ATAU 21 X, PAGI PTG DAN MALAM.

BACALAH IKTIKAD DIDALAM HATI SEGALANYA DIATAS KEKUASAAN ALLAH.