Sifat mahmudah adalah sifat terpuji bagi hati seorang mukmin sejati, sifa-sifat ini adalah sifat yang Allah anjurkan kepada kita sebagaimana contoh yang Allah berikan kepada Rasulullah saw. Sifat -sifat terpuji wajib kita didik dan berlatih supaya lenyaplah sifat tercela (mazmumah) dalam diri dan hati kita . Ilmu ini termasuk dalam tasauf dan ilmu akhlak islam. Antara sifat mahmudah adalah
1. TAUBAT
Taubat ini adalah membawa maksud menyesali diatas perbuatan maksiat atau sifat tercela yang telah dilakukan dan ingin kembali kejalan Allah serta membenci perbuatan tersebut dan berjanji tidak mengulangi perbuatan maksiat tersebut.
Lima elemen penting dalam taubat 1. MENYESAL 2. INGIN KEMBALI KPD ALLAH 3. JANJI TIDAK ULANGI 4. MEMBENCI PERBUATAN TERSEBUT 5. MENJAUHI DAN MENINGGALKAN PERBUATAN TERSEBUT
Taubat juga membawa maksud mensyukuri nikmat yg Allah berikan kepada kita (kerana taubat itu adalah ibadah dan ibadah itu adalah kurnia, taubat itu bukan dibuat-buat melainkan ia yang Allah kurniakan kepada hambanya, jadi ia adalah suatu nikmat)
. Taubat ini adalah dilakukan settiap masa dengan beristighfar dan solat taubat setiap hari atau setiap malam agar kita sentiasa merendahkan diri kepada Allah, mendidik diri kita sentiasa tawadhu'.
2. KHAUF
KHAUF adalah sifat takut kepada Allah sentiasa menjauhi dalam segala perkara mungkar serta segala larangan Allah. Sifat ini juga ada pada seseorang kerana takut amalannya tidak diterima oleh Allah, takut Allah tidak menerimanya, takut Allah tidak mengampunnya dan ia sentiasa mencari jalan untuk dalam redha dan rahmat Allah,, perasaan bimbang dan takut ini akan ada pada seseorang yang ingin menuju cinta kpd Allah. (tapi bukan takut yang tidak ikhtiar beribadat kepada Allah) kerana takut sahaja tapi tidak melakukan segala suruhan dan tidak menjauhi segala larangan, itu adalah takut yang sia-sia.
3. ZUHUD
ZUHUD adalah bersederhana dalam segala hal keduniaan. Mengelakkan diri daripada bermewah-mewahan tidak kira apa sahaj dalam urusan keduniaan. Kerana sifat ini melatih diri kita menjauhi cinta akan dunia secara automatis kita akan mengingati akan kematian.
4, MAHABBAH
MAHABBAH adalah sifat cinta kepada Allah. Dengan mengenali Allah dengan mempelajari dan memahami segala zat, sifat, af'al dalam sifat 20 wajib bagi Allah taala dan juga memahami 99 nama Allah iaitu asma ul husna Allah maka akan wujudlah cinta Allah itu dalam diri sebagai hamba. Maka dengan wujudnya cinta ini maka akan cintalah kita kepada kekasihnya Rasulullah saw. Segala yang kita pandang adalah dalam kasih sayang Allah swt.
5.SABAR
SABAR adalah separuh daripada iman, sifat sabar ini memang sukar kita didik dalam hati kerana kita akan sentiasa di uji dengan ujian demi ujian. Dengan itu perlulah kita sentiasa beringat dan mempraktikkan dalam amalan kehidupan. Sentiasa memperbaiki diri daripada masa kesemasa. Sentiasa istighfar dan berselawat keatas nabi untuk menundukkan diri juga sentiasa menjaga wudu' (sentiasa dalam keadaan berwudu')
6. SYUKUR
SYUKUR ialah sifat berterima kasih kepada Allah. Sifat ini mendidik diri kita sentiasa berfikiran positif dan sentiasa husnudzon bersangka baik kepada Allah. Dengan ini walaupun ada sesuatu keburukan kita akan pandang ia dalam keadaan kebaikan yang telah Allah tentukan disebalik keburukan tersebut. Maka dengan itu segalanya adalah nikmat daripada Allah. Sykur juga melatih kita senitasa tidak berkira kepada Allah, walupun tiada, sedikit,banyak, baik dan buruk tetaplah kita berterima kasih kepada Allah kerana nikmat utama yang kita masih ada semasa itu adalah nyawa, nafas dan peluang.
7. IKHLAS
IKHLAS sifat yang bukan sekadar di lisan sahaj, ia sifat yang datangnnya daripada hati. Ikhlas ini tanpa menunjuk-menunjuk atau memberitahu tentang ikhlas itu. Perbuatan tersebut lahirnya kerana Allah. Ikhlas adalah membuat sesuatu perkara tersebut tanpa meminta balasan, segalanya adalah kerana Allah. Mengabdikan diri kepada Allah, kerana itulah perintahNya. Kerana kita lah hambanya dengan itu kita mencari redha dan cinta illahi.
8. TAWAKAL
TAWAKAL adalah sifat yang kita sentiasa berusaha dan berdoa kepada Allah swt. setelah itu jika apa segala ketentuan yang telah Allah berikan kita bersyukur dan redha terhadapNya samada jadi atau tidak sesuatu perkara tersebut.
9. REDHA
REDHA adalah sifat yang menerima segala ketentuan qada' dan qadar iyaini baik dan buruk itu datangnnya daripada Allah dan segala nasib yang buruk itu perlulah kita ikhtiar menjauhinya dan membaikinya kepada kebaikan. Kerana kehidupan ini adalah sentiasa berusaha menjadikan terbaik kepada Allah swt.
10.ZIKRUL MAUT
ZIKRUL MAUT adalah sifast sentiasa mengingati mati. Merngingati mati ini bukanlah melemahkan semangat kita dalam kehidupan bahkan menguatkan lagi semangat kerana dengan mengingati mati kita akan mencari jalan redha Allah, kita akan berusaha mencari asset akhirat, kita menjaga segala suruhan dan larangan Allah. Dengan itu kita sentiasa memohon kepada Allah memohon umur yang panjang dalam ketaatan kita kepada Allah.







































